Adab Ketika Bangun Tidur

Apabila engkau bangun daripada tidur, berusahalah agar engkau bangun sebelum waktu subuh dan jadikanlah zikrullah sebagai perkara terawal yang keluar dari hati dan lidahmu.

Maka ucapkanlah ketika bangun dari tidurmu: 

الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أمَاتَنَا وَإلَيْهِ النُّشُوْر

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلّٰهِ، وَالْعَظَمَةُ وَالسُّلْطَانُ لِلّٰهِ وَالْعِزَّةُ وَالْقُدْرَةُ لِلّٰهِ

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

اللّٰهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

اللّٰهُمَّ إِنَا نَسْأَلُكَ أَنْ تَبْعَثَنَا فِي هَــٰذَا الْيَوْمِ إِلَى كُلِّ خَيْرٍ، وَنَعُوْذُ بِكَ أَنْ نَجْتَرِحَ فِيْهِ سُوْءًا أَوْ نَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ أَوْ يَجُرَّهُ أَحَدٌ إِلَيْنَا

نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَــٰذَا الْيَوْمِ، وَخَيْرَ مَا فِيْهِ، ونَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ، وَشَرِّ مَا فِيْهِ، وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ

Terjemahan: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami dibangkitkan.

Telah berpagi-pagi kami dan telah berpagi-pagi (telah jadi) segala kerajaan itu bagi Allah. Segala keagungan dan kerajaan itu bagi Allah. Segala kemegahan dan segala kekuasaan hanya bagi Allah.

Telah berpagi-pagi kami atas keadaan fitrah Islam, kalimat ikhlas (kalimat syahadah), di atas agama Nabi kami Muhammad dan atas agama bapa kami Nabi Ibrahim ‘alaihissalām sedangkan baginda seorang yang betul lagi Muslim dan bukanlah Nabi Ibrahim itu daripada golongan orang yang musyrik.

Ya Allah! Hanya dengan Engkaulah kami berada di waktu pagi, demikian pula di waktu petang, di kala hidup, di kala mati dan hanya kepada-Mulah kami dibangkitkan.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar Engkau bangkitkan kami pada hari ini kepada setiap kebaikan dan kami berlindung dengan-Mu daripada melakukan sebarang kejahatan pada hari ini atau menimpakan kejahatan kepada mana-mana orang Islam atau dia menimpakan kejahatan kepada kami.

Kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada di dalamnya, kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari ini, kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada selepasnya.

Apabila engkau hendak memakai pakaian, maka niatkanlah demi menjunjung perintah Allah Taala pada menutup aurat dan berjaga-jagalah daripada tujuan memakai pakaian tersebut untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)