Adab Masuk Ke Dalam Masjid Sehingga Terbit Matahari

Apabila engkau ingin memasuki masjid, maka dahulukanlah kaki kananmu dan ucapkanlah:

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُـحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُـحَمَّدٍ وَسَلِّم

Terjemahan: Ya Allah! Limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Nabi Muhammad.

اللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذُنُوبِيْ، وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْـمَتِكَ

Terjemahan: Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku segala pintu rahmat-Mu.

Sesiapapun yang engkau lihat sedang berjualan di dalam masjid maka ucapkanlah:

لَا أَرْبَحَ اللهُ تِـجَارَتَكَ

Terjemahan: Mudah-mudahan Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu.

Apabila engkau melihat seseorang yang berteriak mencari-cari barang yang hilang di dalam masjid maka ucapkanlah:

لَا رَدَّ اللهُ عَلَيْكَ ضَالَّتَك

Terjemahan: Mudah-mudahan Allah tidak mengembalikan kepadamu hartamu yang hilang itu.

Ucapan ini adalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ.

Apabila engkau memasuki masjid, maka janganlah duduk sehingga engkau mendirikan dua rakaat solat sunat taḥiyyat al-masjid.

Sekiranya engkau belum lagi menunaikan dua rakaat solat sunat subuh di rumah, maka memadailah engkau mendirikan dua rakaat solat sunat subuh bagi memenuhi tuntutan solat taḥiyyat al-masjid.

Apabila engkau selesai daripada solat sunat dua rakaat tersebut, maka berniatlah iktikaf dan berdoalah dengan doa yang dibacakan oleh Rasulullah ﷺ selepas dua rakaat solat sunat subuh. Ucapkanlah:

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَـهْدِيْ بِـهَا قَلْبِيْ، وَتَجْمَعُ بِـهَا شَـمْلِيْ، وَتَلُمُّ بِـهَا شَعَثِيْ، وَتَرُدُّ بِـهَا أُلْفَتِيْ، وَتُصْلِحُ بِـهَا دِيْنِيْ، وَتَحْفَظُ بِـهَا غَائِبـِيْ، وَتَرْفَعُ بِـهَا شَاهِدِيْ، وَتُزَكِّيْ بِـهَا عَمَلِيْ، وتُبَيِّضُ بِـهَا وَجْهِيْ، وَتُلَقِّيْنِيْ بِـهَا رُشْدِيْ، وَتَعْصِمُنِيْ بِـهَا مِنْ كُلِّ سُوْءٍ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang dengannya Engkau memberi hidayah kepada hatiku, dengannya Engkau himpunkan segala urusanku yang tidak tersusun, dengannya Engkau himpun dan perbaiki segala kekusutanku, dengannya Engkau pulangkan segala ketenanganku, dengannya Engkau perbaiki agamaku, dengannya Engkau memelihara segala yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasarku [seperti iman, akhlak, ahli keluarga dan harta], dengannya Engkau tinggikan segala yang kelihatan pada pandangan mata kasarku [seperti amalan soleh, ahli keluarga dan harta], dengannya Engkau bersihkan segala amalanku, dengannya Engkau sinari mukaku, dengannya Engkau ilhamkan kepadaku petunjukku dan dengannya Engkau memelihara diriku daripada segala kejahatan.

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ إِيْـمَانًا دَائِمًا يُبَاشِرُ قَلْبِيْ، وَأَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّـىٰ أَعْلَمَ أَنَّهُ لَنْ يُصِيْبَنِيْ إِلَّا مَا كَتَبْتَهُ عَلَيَّ، وَرَضِّنِيْ بِـمَا قَسَمْتَهُ لِيْ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman berterusan yang bersebati dalam hatiku dan aku memohon kepada-Mu keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku meyakini bahawa sesungguhnya tiada sesuatu yang akan menimpaku kecuali apa-apa yang Engkau telah tetapkan ke atasku dan jadikanlah daku orang yang reda dengan segala ketetapan yang Engkau telah putuskan untukku.

اللّٰهُمَّ أَعْطِنِي إِيْــمَانًا صَادِقًا، وَيَقِيْنًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ، وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.

Terjemahan: Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku iman yang sebenar-benarnya, keyakinan yang tiada selepasnya kekufuran dan rahmat yang dengannya aku memperoleh darjat kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الصَّبْرَ عِنْدَ الْقَضَاءِ، وَالْفَوْزَ عِنْدَ اللِّقَاءِ، وَمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ، وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ، وَالنَّصْرَ عَلَى اْلأَعْدَاءِ، وَمُرَافَقَةَ اْلأَنِبِيَاءِ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kesabaran ketika berlakunya qadak-Mu, kejayaan ketika bertemu dengan-Mu, kedudukan para syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, kemenangan atas segala musuh dan berdamping dengan para anbia.

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أُنْزِلُ بِكَ حَاجَتِيْ، وَإِنْ ضَعُفَ رَأْيِـيْ، وَقَصُرَ عَمَلِيْ، وَافْتَقَرْتُ إِلَى رَحْـمَتِكَ، فَأَسْأَلُكَ يَا قَاضِيَ اْلأُمُوْرِ، وَيَا شَافِيَ الصُّدُوْرِ، كَمَا تُـجِيْرُ بَيْنَ الْبُحُوْرِ أَنْ تُـجِيْرَنِـيْ مِنْ عَذَابِ السَّعِيْرِ، ومِنَ دَعْوَةِ الثُّبُوْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْقُبُوْرِ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku persembahkan segala hajatku kepada-Mu walaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku sedangkan aku sangat berharap kepada limpahan rahmat-Mu. Oleh itu, aku memohon kepada-Mu wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara dan yang menyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam hati, seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan agar Engkau memisahkan aku daripada seksaan neraka, seruan kecelakaan [di mahsyar] dan fitnah kubur.

اللّٰهُمَّ وَمَا قَصُرَ عَنْهُ رَأْيِـيْ، وَضَعُفَ عَنْهُ عَمَلِيْ، وَلَـمْ تَبْلُغْهُ نِيَّتِيْ أَوْ أُمْنِيَّتِيْ مِنْ خَيْرٍ وَعَدْتَهُ أَحَدًا مِنْ عِبَادِكَ، أَوْ خَيْرٍ أَنْتَ مُعْطِيْهِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، فَإِنِّيْ أَرْغَبُ إِلَيْكَ فِيْهِ، وَأَسْأَلُكَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Terjemahan: Ya Allah! Apa jua kebaikan yang Engkau janjikan dan berikan kepada sekalian hamba dan makhluk-Mu yang tidak tercapai oleh akalku, lemah daripada mengerjakannya oleh amalanku, tidak tercapai oleh niat dan keinginanku, maka sesungguhnya daku sangat mendambakan kepada-Mu untuk memperolehinya dan daku memohon kepada-Mu perkara tersebut wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

اللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِيْنَ مُهْتَدِيْنَ، غَيْرَ ضَالِّيْنَ وَلاَ مُضِلِّيْنَ، حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ، وَسِلْمًا لِأَوْلِيَائِكَ، نُحِبُّ بِحُبِّكَ النَّاسَ، وَنُعَادِيْ بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ.

Terjemahan: Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang memberi petunjuk dan yang mendapat petunjuk, bukan daripada golongan yang sesat dan bukan pula daripada mereka yang menyesatkan, memerangi sekalian musuh-Mu dan berdamai dengan aulia-Mu dalam keadaan kami mencintai manusia kerana mencintai-Mu dan memusuhi makhluk-makhluk-Mu yang menyalahi-Mu dengan sebab permusuhan-Mu. 

اللّٰهُمَّ هَـٰـذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيْكَ اْلإِجَابَةُ، وهَـٰـذَا الْـجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ، وَإِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِـيِّ الْعَظِيْمِ.

Terjemahan: Ya Allah! Inilah doa kami dan kepada-Mu diharapkan perkenan, hanya sekadar ini kemampuan kami dan kepada-Mu kami bertawakal. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

اللّٰهُمَّ يَا ذَا الْـحَبْلِ الشَّدِيْدِ، وَاْلأَمْرِ الرَّشِيْدِ، أَسْأَلُكَ اْلأَمْنَ يَوْمَ الْوَعِيْدِ، والْـجَنَّةَ يَوْمَ الْخُلُوْدِ، مَعَ الْمُقَرَّبِيْنَ الشُّهُوْدِ، وَالرُّكَّعِ السُّجُوْدِ، الْمُوْفِيْنَ بِالْعُهُوْدِ، إِنَّكَ رَحِيْمٌ وَدُوْدٌ، وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيْدُ.

Terjemahan: Ya Allah! Wahai Tuhan yang memiliki tali [al-Quran, agama dan perjanjian] yang kukuh dan petunjuk yang benar, aku memohon kepada-Mu keamanan pada hari amaran [hari kiamat] dan syurga pada hari yang kekal bersama-sama dengan muqarrabīn yang melihat kepada-Mu, mereka yang sentiasa rukuk dan sujud kepada-Mu dan mereka yang menunaikan segala janji kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sedangkan Engkau akan melakukan apa sahaja yang Engkau kehendaki.

سُبْحَانَ الَّذِيْ تَعَطَّفَ بِالْعِزِّ وَقَالَ بِهِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang bersifat dengan kekuasaan dan Tuhan yang mengalahkan semua yang perkasa dengan kekuasaan-Nya.

سُبْحَانَ الَّذِيْ لَبِسَ الْمَجْدَ وَتَكَرَّمَ بِهِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang bersifat dengan segala keagungan dan bermurah dengannya.

سُبْحَانَ الَّذِيْ لاَ يَنْبَغِي التَّسْبِيْحُ إِلَّا لَهُ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang tidak layak disucikan kecuali bagi-Nya.

سُبْحَانَ ذِي الْفَضْلِ وَالنِّعَمِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan nikmat.

سُبْحَانَ ذِي الْقُدْرَةِ وَالْكَرَمِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang memiliki kekuasaan dan kemurahan.

سُبْحَانَ الَّذِيْ أَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhan yang mengetahui segala sesuatu dengan ilmu-Nya.

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَلْبِيْ، وَنُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ سَـمْعِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَصَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ شَعَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَشَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ لَـحْمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ دَمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ، وَنْوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِيْ، وَنُوْرًا عَنْ يـَمِيْنِيْ، وَنُوْرًا عَنْ شِـمَالِيْ، وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِـيْ، وَنُوْرًا مِنْ تَـحْتِـيْ.

Terjemahan: Ya Allah! Jadikanlah bagiku cahaya di dalam hatiku, cahaya di kuburku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada buluku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada tulangku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku dan cahaya di bawahku.

اللّٰهُمَّ زِدْنِيْ نُوْرًا، وَأَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا

Terjemahan: Ya Allah! Tambahkanlah kepadaku cahaya, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya.

Apabila engkau selesai daripada membaca doa-doa tersebut, maka janganlah engkau menyibukkan dirimu sehingga mendirikan solat fardu subuh melainkan dengan zikrullah, bertasbih dan membaca al-Quran.

Apabila engkau mendengar laungan azan ketika sedang melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi, maka berhentilah daripadanya dan sibukkanlah dirimu dengan menjawab laungan muazin.

Apabila muazin melaungkan:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ

Terjemahan: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Maka jawablah seperti laungan muazin tersebut dan begitu juga pada laungan kalimah-kalimah azan yang lain.

Apabila muazin melaungkan:

حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ، حَيَّ عَلَى الفَلَاحِ

Terjemahan: Marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan.

Maka jawablah pada kedua-dua kalimah tersebut dengan:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ العَلِـيِّ العَظِيْمِ

Terjemahan: Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Apabila muazin melaungkan:

الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ

Terjemahan: Solat itu lebih baik daripada tidur.

Maka jawablah:

صَدَقْتَ وَبَرِرْتَ

Terjemahan: Benarlah engkau dan engkau telah berbuat baik.

Apabila engkau mendengar iqamat, maka jawablah sepertimana yang dilaungkan oleh muazin kecuali pada ucapannya:

قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ

Terjemahan: Solat hampir untuk didirikan.

Maka jawablah:

أَقَامَهَا اللهُ وَأَدَامَهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ

Terjemahan: Semoga Allah terus menegakkan solat ini dan mengekalkannya selama adanya langit dan bumi ini.

Apabila engkau selesai daripada menjawab laungan muazin maka ucapkanlah:

اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِنْدَ حُضُوْرِ صَلَاتِكَ، وَأَصْوَاتِ دُعَاتِكَ، وَإِدْبَارِ لَيْلِكَ، وَإِقْبَالِ نَـهَارِكَ، أَنْ تُؤْتِـيَ مُـحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الوَسِيلَةَ وَالفَضِيْلَةَ وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ، وَابْعَثْهُ الْمَقَامَ الْمَحْمُوْدَ الَّذِي وَعَدْتَهُ، إِنَّكَ لَا تُـخْلِفُ الْمِيْعَادَ، بِرَحْـمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ketika hadir waktu solat-Mu, ketika kedengaran suara para pemanggil-Mu, ketika lenyapnya malam-Mu dan datangnya siang-Mu, agar Engkau mengurniakan kepada Nabi Muhammad ﷺ al-wasīlah [kedudukan yang tinggi di syurga], al-faḍīlah [martabat yang melebihi sekalian makhluk] dan darjat yang tinggi. Kurniakanlah kepada baginda maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah.

Apabila engkau mendengar laungan azan padahal engkau sedang mendirikan solat, maka sempurnakanlah solat tersebut. Kemudian, susulilah dengan menjawab azan tersebut selepas daripada mengucapkan salam seperti cara yang telah dinyatakan.

Apabila imam mengangkat takbiratulihram bagi mendirikan solat fardu subuh, maka janganlah engkau menyibukkan diri dengan sesuatu urusan melainkan dengan mengikutnya dan dirikanlah solat fardu subuh dua rakaat sebagaimana yang akan dijelaskan kepadamu pada tajuk kaifiat solat dan adab-adabnya.   

Apabila engkau selesai daripada solat maka ucapkanlah:

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُـحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُـحَمَّد

Terjemahan: Ya Allah! Limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Nabi Muhamma

اللّٰهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

Terjemahan: Ya Allah! Engkau ialah Tuhan Yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan dan kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam negeri sejahtera [syurga]. Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kemuliaan.

سُبْحَانَ رَبِّــيَ الْعَلِيِّ الْأَعْلَى الْوَهَّابِ.

Terjemahan: Maha suci Tuhanku yang Maha Maha Tinggi lagi Tertinggi dan Maha Pemberi 

لَا إِلَــٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يـُحْيِيْ وَيـُمِيْتُ، وَهُوَ حَيٌّ لَا يَـمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, hanya bagi-Nya kerajaan dan hanya bagi-Nya pujian, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan kerana Dia yang Maha Hidup lagi tidak akan mati, hanya dengan kekuasaan-Nya segala kebaikan kerana Dialah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

لَا إِلَــٰهَ إِلَّا اللهُ أَهْلُ النِّعْمَةِ وَالْمِنَّةِ وَالْفَضْلِ وَالثَّنَاءِ الْـحَسَنِ.

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah, Pemilik nikmat, kurniaan, kelebihan dan pujian yang baik.

لَا إِلَــٰهَ إِلَّا اللهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali Dia dalam keadaan kami ikhlas beragama kepada-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Kemudian, berdoalah setelah itu dengan doa yang singkat tetapi penuh makna (al-jawāmi‘ al-kawāmil), iaitu doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepada sayidatina Aisyah riḍwānullāh ‘alaihā. Maka ucapkanlah

(اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْـخَيْر كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَـمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَـمْ أَعْلَمْ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan di dunia dan akhirat, kebaikan yang aku ketahui daripadanya dan tidak aku ketahui. Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan di dunia dan akhirat, kejahatan yang aku ketahui daripadanya dan tidak aku ketahui.

وَأَسْأَلُكَ الْـجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ أَوِ اعْتِقَادٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ أَوْ اعْتِقَادٍ.

Terjemahan: Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan kepadanya sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad. Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan kepadanya sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad.

وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلــَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ مُـحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَسْتَعِيْذُكَ مِـمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ مُـحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Terjemahan: Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang telah dipohon kepada-Mu oleh hamba-Mu dan nabi-Mu Muhammad ﷺ. Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah berlindung kepada-Mu daripadanya oleh hamba-Mu dan nabi-Mu Muhammad ﷺ.

اللّٰهُمَّ وَمَا قَضَيْتَ لِيْ مِنْ أَمْرٍ فَاجْعَلْ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا

Terjemahan: Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau telah qadakkan kepadaku daripada suatu urusan, maka jadikanlah kesudahannya kebaikan.

Kemudian berdoalah dengan doa yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah ﷺ kepada sayidatina Fatimah radiallahuanha dan ucapkanlah:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، لَا تَكِلْنِي إِلَىٰ نَفْسِي وَلَا إِلَىٰ أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّه

Terjemahan: Wahai Tuhan Yang Maha Hidup! Wahai Tuhan Yang Kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya! Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku dan tidak kepada salah seorang daripada makhluk-Mu walaupun sekelip mata serta perbaikilah urusanku kesemuanya.

Kemudian berdoalah dengan doa yang dibacakan oleh sayidina Isa ‘alā nabiyyinā wa ‘alayh al-ṣalāh wa al-salām:

اللّٰهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ لَا أَسْتَطِيعُ دَفْعَ مَا أَكْرَهُ، وَلَا أَمْلِكُ نَفْعَ مَا أَرْجُوْ، وَأَصْبَحَ الْأَمْرُ كُلُّهُ بِيَدِ غَيْرِيْ، وَأَصْبَحْتُ مُرْتَـهَنًا بِعَمَلِـيْ، فَلَا فَقِيرَ أَفْقَرُ مِنِّيْ.

Terjemahan: Ya Allah! Sesungguhnya aku telah berpagi-pagian dalam keadaan aku tidak mampu menolak apa-apa yang aku benci dan aku tidak memiliki apa-apa manfaat yang aku harapkan sedangkan segala urusan bukan berada di tanganku dan aku berpagi-pagian dalam keadaan diriku tergadai dengan amalanku. Maka tidak ada seseorang pun yang berhajat melebihi daripada aku berhajat.

اللّٰهُمَّ لَا تُشْمِتْ بِيْ عَدُوِّيْ، وَلَا تَسُؤْ بِيْ صَدِيقِيْ، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتِيْ فِي دِيْنِيْ، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَـمِّيْ وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِيْ، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيَّ مَنْ لَا يَرْحَمُنِيْ

Terjemahan: Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan musuhku gembira atas penderitaanku, janganlah Engkau jadikan temanku sedih atas musibah yang menimpaku, janganlah Engkau jadikan musibahku pada agamaku, janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai tumpuanku yang paling utama dan tempat kesudahan pencapaian ilmuku serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak kasihan kepadaku menguasaiku.

Kemudian berdoalah dengan apa-apa yang terlintas padamu daripada doa-doa ma’thūr dan hafallah doa-doa tersebut; sebahagiannya telah kami sebutkan pada bab al-Da‘awāt di dalam kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn.

Hendaklah waktu-waktumu selepas dari solat subuh sehingga terbit matahari dibahagi-bahagikan kepada empat amalan:

  • Amalan berdoa.
  • Amalan berzikir dan bertasbih, engkau mengulang-ulangnya dengan menggunakan seutas tasbih.
  • Amalan membaca al-Quran.
  • Amalan tafakur.

Renungilah betapa banyaknya dosa, kesalahan dan ketaksiranmu dalam beribadat kepada Mawlāmu. Renungilah juga betapa beraninya engkau mendedahkan dirimu kepada azab-Nya yang sangat pedih dan kemurkaan-Nya yang sangat besar.   

Apabila engkau dapati di dalam tafakur itu banyaknya kekuranganmu dalam bermuamalat dengan Tuhan, maka susunlah wirid-wiridmu pada hari tersebut mengikut aturanmu sendiri agar engkau dapat menampung ketaksiranmu dan menghindari daripada mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah Azzawajalla pada harimu itu.

Selain itu, hendaklah engkau berniat untuk melakukan kebaikan kepada sekalian orang Islam, berazam untuk tidak menyibukkan diri pada seluruh harimu melainkan dengan melakukan ketaatan kepada Allah Taala, membahagi-bahagikan di dalam hatimu segala ketaatan yang mampu untuk engkau lakukannya, memilih yang terbaik daripadanya dan meneliti pada mempersiapkan sebab-sebab bagi melakukan ketaatan tersebut agar engkau dapat melaksanakannya.

Janganlah engkau tinggalkan bertafakur tentang hampir dan tibanya kematian yang memutuskan angan-angan, urusan kematian itu adalah di luar pilihan manusia dan berlakunya kerugian dan penyesalan itu dengan sebab kelalaian yang berpanjangan.

Hendaklah sepuluh kalimat ini menjadi daripada tasbih-tasbih dan zikir-zikirmu:

Pertama:

لَا إِلَــٰـهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْـحَمْدُ، يُـحْيِيْ وَيـُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يـَمُوْتُ بِيَدِهِ الْـخَيْرُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, hanya bagi-Nya kerajaan dan hanya bagi-Nya pujian, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan, sedangkan Dialah Allah Yang Maha Hidup lagi tidak akan mati, hanya dengan kekuasaan-Nya segala kebaikan, sedangkan Dialah Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kedua:

لَا إِلَــٰـهَ إِلَّا اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Memiliki segala kerajaan, Yang Sebenar lagi Yang Menjelaskan [kebenaran].

Ketiga:
لَا إِلَــٰـهَ إِلَّا اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ

Terjemahan: Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa lagi Yang Maha Perkasa, Tuhan Penguasa segala langit, bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, Yang Maha Kuasa lagi Yang Maha Pengampun.

Keempat:

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ، وَلَا إِلَــٰـهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Terjemahan: Maha Suci Allah, segala puji tertentu bagi Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Kelima:

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْحِ

Terjemahan: Maha Suci Allah [daripada segala perkara yang tidak layak dengan ketuhanan], Maha Suci Allah [daripada segala perkara yang tidak layak dengan pencipta], Tuhan bagi para malaikat dan al-Rūḥ.

Keenam:

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Terjemahan: Aku benar-benar mensucikan Allah Yang Maha Agung berserta dengan memuji-Nya.

Ketujuh:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَا إِلَــٰـهَ إِلَّا هُوَ الْـحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَأَسْأَلُهُ التَّوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ

Terjemahan: Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung lagi yang tidak ada Tuhan melainkan Dia yang tetap hidup dan kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya, aku memohon kepada-Nya taubat dan keampunan.

Kelapan:

اللّٰهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْـجَدِّ مِنْكَ الْـجَدُّ

Terjemahan: Ya Allah! Tidak ada suatu pun yang dapat menghalang bagi apa yang Engkau kurniakan, tidak ada suatu pun yang dapat memberi bagi apa yang Engkau halang, tidak ada suatu pun yang dapat menolak bagi apa yang Engkau qadakkan dan tidaklah kekayaan itu memberikan manfaat kepada orang yang kaya di sisi-Mu. 

Kesembilan:

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُـحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُـحَمَّدٍ

Terjemahan: Ya Allah! Limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Nabi Muhammad.

Kesepuluh:

بِاسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Terjemahan: Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudarat dengan nama-Nya oleh suatu yang ada di bumi dan di langit, Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ulangilah setiap kalimat tersebut dengan menggunakan seutas tasbih, sama ada 100 kali, 70 kali mahupun 10 kali, sedangkan 10 kali itu adalah bilangan yang paling sedikit supaya jumlahnya menjadi 100 kali.

Hendaklah engkau melazimkan wirid-wirid ini dan janganlah pula engkau berkata-kata sebelum terbitnya matahari kerana disebutkan di dalam hadis bahawa sesungguhnya amalan (berzikir selepas solat subuh sehingga terbit matahari tanpa diselangi dengan berkata-kata) lebih afdal daripada membebaskan 80 orang hamba daripada keturunan Nabi Ismail ‘alā nabiyyinā wa ‘alayh al-ṣalah wa al-salām.

Maka hendaklah engkau mengetahui perkara yang disebutkan tadi nescaya engkau diberikan taufik insya-Allah.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)