
Definisi dan Makna Aidiladha
Aidiladha, atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban (Eid al-Adha dalam bahasa Arab), merupakan salah satu perayaan utama dalam Islam yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Istilah “Aidiladha” terdiri daripada dua perkataan Arab, iaitu:
- Eid (عيد) yang bererti perayaan atau festival.
- Al-Adha (الأضحى) yang bermaksud korban atau pengorbanan.
Secara keseluruhannya, Aidiladha membawa maksud “Perayaan Pengorbanan”, menandakan semangat ketaatan dan keikhlasan dalam berkorban kerana Allah SWT.
Hukum Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha merupakan sunnah muakkadah bagi setiap Muslim, lelaki mahupun wanita. Istilah sunnah muakkadah bermaksud amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan tidak wajar ditinggalkan tanpa alasan yang munasabah.
Amalan ini dilakukan secara berterusan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, menunjukkan betapa penting dan utamanya solat ini dalam memperingati ibadah korban serta menzahirkan ketaatan kepada Allah SWT.
Solat Sunat Aidiladha boleh dilaksanakan selepas terbit matahari, iaitu lebih kurang 20 minit selepas syuruk, sehingga sebelum masuk waktu Zuhur.
Niat Solat Sunat Aidiladha Bersendirian
Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِالأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Sunat Aidiladha Bersendirian
Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua raka’at tunai kerana Allah ta’ala
Niat Solat Sunat Aidiladha Sebagai Makmum
Jika anda solat berjemaah sebagai makmum, anda boleh berniat solat sunat Aidiladha seperti ini:
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِالأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.
Ringkasan Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha
- Mulakan dengan takbiratul ihram, sambil berniat dalam hati:
“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat tunai / makmum kerana Allah Taala.” - Disunatkan membaca Doa Iftitah selepas takbiratul ihram.
- Rakaat pertama:
- Lakukan tujuh (7) kali takbir tambahan selepas takbiratul ihram.
- Setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih atau zikir.
- Kemudian baca Surah al-Fatihah diikuti dengan surah lazim.
- Laksanakan rukuk, sujud dua kali, dan bangun untuk rakaat kedua.
- Rakaat kedua:
- Mulakan dengan takbir intiqalat.
- Lakukan lima (5) kali takbir tambahan, diselangi dengan bacaan tasbih.
- Baca Surah al-Fatihah dan surah lazim.
- Laksanakan rukuk, sujud, dan bacaan tahiyyat akhir.
- Akhiri solat dengan memberi salam
- Jika solat dilakukan secara berjemaah, maka Khutbah Aidiladha akan disampaikan selepas solat.
KAIFIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
Rakaat Pertama
Dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat
Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِالأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca doa iftitah
اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Selesai membaca iftitah, lakukan takbir sebanyak 7 kali untuk rakaat pertama dan diikuti dengan bacaan tasbih
Seperti takbiratul ihram setiap kali takbir dilafazkan Allahuakbar” Kemudian , letakkan tangan di atas perut
Seterusnya bacalah tasbih seperti berikut
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Takbir dan tasbih ini dilakukan sebanyak 7 kali, selesai takbir ini bacalah surah al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Terjemahan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian bacalah surah lazim selepas al-Fatihah contohnya seperti surah An-Nas:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ١ مَلِكِ النَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ٣ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ٦
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian manusia. Raja yang menguasai sekalian manusia. Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang bersembunyi. Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. (Iaitu pembisik itu datang) daripada kalangan jin dan manusia.
Seterusnya lakukan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Allah mendengar orang yang memuji-Nya
Seterusnya lakukan sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.
Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.
Rakaat Kedua
Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali
Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.


Bacaan tasbih tersebut adalah sama seperti bacaan tasbih pada rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Takbir 5 kali ini hendaklah diselangai bacaan tasbih sebanyak 4 kali.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi selepas selesai takbir tambahan pada rakaat kedua dibacakan juga surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.
Surah Al Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Rukuk serta toma’ninah.

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x
– Toma’ninah. (berhenti seketika)
3. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
(Sami’alloohu liman)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
(Robbanaa walakal hamdu)
– Toma’ninah. (berhenti seketika).
4. Sujud serta toma’ninah

Baca
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x
– Toma’ninah. (berhenti seketika)
5. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)
– Toma’ninah. (berhenti seketika)
6. Sujud Kedua

Baca
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x
7. Duduk Tahiyat Akhir


التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.
8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah).
Baca doa selepas solat. (Doa Selepas Solat)