MELAKSANAKAN IBADAH AKIKAH
Aqiqah merupakan ibadah yang disyariatkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran anak dan ia sangat berkat rapat dengan majlis sambutan kelahiran dalam masyarakat Islam. Aqiqah ialah penyembelihan haiwan (kambing atau seumpamanya) yang dilakukan bagi pihak anak yang baru dilahirkan dengan niat dan syarat tertentu serta disunatkan untuk dimasak dan diagihkan kepada orang ramai.
Hukum dan Dalil Aqiqah
Hukum akikah adalah Sunat Muakkad bagi mereka yang berkemampuan. Sunat ini merangkumi anak lelaki dan perempuan dengan kadar penyembelihan yang berbeza. Dalil daripada hadis Salman bin Amir al-Dhabbi RA:
مَعَ الْغُلَامِ عَقِيقَةٌ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى
“Bersama kelahiran bayi ada akikahnya. Maka tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1522)
Dalil daripada hadis Samurah RA:
كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap bayi tergadai dengan akikahnya. Penyembelihannya dilakukan pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Daud, no. 2838)
Kadar Penyembelihan Aqiqah
- Anak lelaki: Sunat disembelihkan dua (2) ekor kambing yang sempurna. Jika tidak mampu menyembelih dua (2) ekor bagi anak lelaki, satu (1) ekor tetap memadai mengikut kemampuan.
- Anak perempuan: Sunat disembelihkan seekor kambing yang sempurna.
Waktu Pelaksanaan
Waktu utama (afdhal) adalah pada hari ketujuh (7) selepas kelahiran. Jika tidak sempat, boleh dilakukan pada hari ke-14, ke-21 atau bila-bila masa sebelum baligh.
Hikmah Aqiqah
- Sebagai tanda syukur kepada Allah atas kurniaan zuriat.
- Merapatkan hubungan sosial dengan menyediakan jamuan kepada keluarga, jiran dan fakir miskin.
- Menjadi satu bentuk pengorbanan dan permulaan kepada tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.
- Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam urusan menyambut kelahiran anak.