Darah Wiladah

  1. Takrif Wiladah
    Darah wiladah ialah darah yang keluar sejurus melahirkan anak, termasuk juga keguguran janin, walaupun dalam bentuk darah beku (‘alaqah) atau segumpal daging (mudhghah). Ia berbeza dengan darah haid atau istihadhah kerana ia di kaitkan terus dengan proses kelahiran.
  2. Hukum Mandi Wajib
    Menurut Mazhab Syafie, setiap wanita yang melahirkan anak, wajib mandi hadas besar sama ada darah keluar atau tidak selepas kelahiran. Ini kerana darah wiladah itu sendiri menuntut mandi wajib (Rujuk: al-Majmu‘, Imam al-Nawawi).
  3. Jika Tiada Darah Nifas
    Sekiranya seseorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, dia tetap perlu mandi wajib kerana darah wiladah telah berlaku.

PERINGATAN PENTING BUAT KAUM HAWA

  1. Sebelum Pecah Ketuban / Tiada Tanda Bersalin
    Wanita hamil yang hampir bersalin tetapi belum keluar darah atau belum pecah ketuban masih wajib menunaikan solat dengan cara yang sesuai dan tidak membahayakan kandungan atau diri.
  2. Kes Keguguran tanpa Keluaran Janin
    Sekiranya keguguran berlaku tetapi janin belum keluar dari rahim, wanita itu masih wajib solat kerana darah yang keluar bukan darah wiladah atau nifas.
  3. Pendarahan Ketika Hamil
    Jika wanita mengandung mengalami pendarahan tetapi kandungan masih hidup, maka darah itu bukan darah wiladah, sebaliknya dianggap sebagai darah istihadhah. Maka, wajib solat, puasa dan beribadah seperti biasa dengan mematuhi syarat-syarat bersuci bagi wanita istihadhah.
  4. Kepentingan Mencatat Kitaran
    Wanita disarankan agar mencatat tarikh haid, suci, istihadhah, kehamilan dan kelahiran. Ini sangat membantu dalam:

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)