Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat Sunat Gerhana Matahari (كُسُوفُ الشَّمْسِ)

Maksud: Solat yang dilakukan ketika berlakunya gerhana matahari, sebagai tanda menginsafi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Kusuf ( كسوف ) bermaksud hilang, berkurangan cahaya matahari, terlindung sebahagian, atau keseluruhan cahayanya.

Hukum: Sunat Muakkad — sangat dituntut bagi lelaki dan wanita, boleh dilakukan berjemaah di masjid atau secara bersendirian.

Bilangan Rakaat: Solat gerhana boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat seperti solat sunat biasa, dan cara ini dianggap paling minimum. Namun, cara yang lebih sempurna (akmal) ialah dilakukan dengan dua kali rukuk dan dua kali qiyam dalam setiap rakaat, serta bacaan tidak perlu dipanjangkan pada kedua-dua rakaat tersebut.

Waktu Pelaksanaan: Solat Sunat Gerhana Matahari bermula sebaik sahaja gerhana mula kelihatan dan berterusan sehingga gerhana tersebut berakhir sepenuhnya. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas matahari terbenam, maka tidak disyariatkan solat gerhana, kerana waktu solatnya telah berakhir

Waktu Tamat Solat Gerhana Matahari : Solat gerhana tamat apabila matahari kembali bersinar sepenuhnya, iaitu ketika bayangan bulan telah hilang sepenuhnya dari permukaan matahari. Pada ketika itu, tidak lagi disunatkan untuk mendirikan solat gerhana.

Disunatkan untuk menyampaikan khutbah selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telah berakhir.Khutbah ini menyerupai khutbah Hari Raya, namun tidak disunatkan bertakbir di dalamnya.Isi kandungan khutbah hendaklah mengajak para jemaah bertaubat, memperbanyakkan sedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, serta mengingatkan manusia agar tidak lalai dan tidak terlalu cinta kepada dunia. Sekiranya solat gerhana dilakukan hanya oleh jemaah wanita, maka khutbah tidak disunatkan.

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari:

أُصَلِّيَ سُنَّةَ كُسُوفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

Kaifiat (Cara Solat):

Rakaat Pertama

1. Berdiri tegak.

Menghadap kiblat & mata pandang pada tempat sujud.

2. Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر) – Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Semasa mengangkat takbir sekalikan dengan niat dalam hati.

– Kedudukan tangan boleh seperti berikut. Ibu jari di bawah cuping telinga atau tangan di paras telinga atau tangan di paras bahu. Telapak tangan ke hadapan.

3. Membaca doa Iftitah

– Posisi ketika Iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada.

Bacaan doa Iftitah.

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

4. Membaca Al-Fatihah dan surah lain.

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

5. Rukuk serta toma’ninah

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman hamidah)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

8. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

9. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

1. Berdiri tegak dan membaca Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

2. Rukuk serta toma’ninah.

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

3. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika).

Mazhab Syafi’e, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas rukuk rakaat kedua.

Sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan membaca doa Qunut.

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

4. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

5. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Duduk Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.

8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah).

Selepas Solat:

  • Disunatkan berzikir, berdoa, membaca istighfar, dan berkhutbah jika berjemaah.
  • Dianjurkan memperbanyak sedekah, doa dan istighfar sebagai tanda insaf dan syukur.

Hikmah dan Pengajaran:

  • Menyedarkan manusia bahawa gerhana bukan fenomena semula jadi semata-mata, tetapi tanda kebesaran Allah.
  • Menggalakkan taubat, muhasabah diri, dan memperbanyakkan amal ibadah.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)