Hukum dan Syarat Wajib
Solat Jumaat adalah fardu ain bagi lelaki yang cukup syarat:
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Bermukim (tidak musafir)
Wanita, musafir, kanak-kanak dan orang sakit tidak diwajibkan, tetapi boleh hadir untuk mendapat pahala.
Niat Solat Jumaat
لِلرِّجَال (Makmum):
أُصَلِّي فَرْضَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
(Bagi imam, gantikan “مَأْمُومًا” dengan “إِمَامًا”)
Kaifiat Ringkas
- Didahului dengan dua khutbah.
- Solat Jumaat dilakukan dua rakaat, menggantikan solat Zuhur.
- Sunat membaca surah Al-Jumu‘ah dan Al-Munāfiqūn atau Al-A‘lā dan Al-Ghāsyiyah selepas Al-Fatihah.
- Diakhiri dengan doa selepas solat dan berzikir.