Adab Menyambut Kelahiran

Dalam Islam, menyambut kelahiran bayi adalah suatu peristiwa yang sangat digalakkan untuk diraikan dengan penuh kesyukuran dan adab yang baik. Antara adab yang dianjurkan ialah menghebahkan berita kelahiran serta mengucapkan tahniah dan doa kepada ibu bapa bayi yang baru lahir.

Disunatkan Membaca Doa Tahniah Kelahiran

Apabila seseorang mendengar berita kelahiran, disunatkan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuk anak tersebut. Doa yang diriwayatkan daripada al-Hasan al-Basri rahimahullah adalah seperti berikut:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dianugerahkan ini, dan semoga kamu bersyukur kepada Yang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar dewasa, dan semoga kamu dikurniakan kebaikan daripadanya.”

Kemudian, disunatkan orang yang diucapkan tahniah itu untuk membalas ucapan itu dengan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللَّهُ مِثْلَهُ، أَوْ أَجْزَلَ اللَّهُ ثَوَابَكَ

Terjemahan: Semoga Allah memberkati keluargamu, memberkatimu kerana menjaga mereka, membalasmu dengan ganjaran kebaikan, dan memberikanmu rezeki seumpamanya.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)