Amalan Sunat Sebelum Solat Jumaat

1. Mandi Sunat Jumaat

  • Disunatkan bagi setiap Muslim yang ingin hadir solat Jumaat.
  • Ia melambangkan kebersihan zahir dan batin sebelum beribadah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang yang telah baligh.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.  Memakai Pakaian Terbaik dan Wangi-Wangian

  • Disunatkan memakai pakaian bersih dan kemas, sebaiknya berwarna putih.
  • Bagi lelaki, digalakkan memakai wangian sebelum ke masjid.
  • Bagi wanita, tidak dibenarkan memakai wangian yang kuat di tempat awam.

3. Datang Awal ke Masjid

  • Lebih awal seseorang hadir, lebih besar ganjarannya.
  • Malaikat mencatat kehadiran jemaah yang datang awal, dan menutup kitab catatan apabila imam naik ke mimbar.

4.  Membaca Surah al-Kahfi

  • Disunatkan membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang hari Jumaat.
  • Ia menjadi pelindung daripada fitnah Dajjal dan memberi cahaya di antara dua Jumaat.

5. Memperbanyakkan Selawat dan Doa

  • Hari Jumaat adalah hari yang paling utama untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ.
  • Sabda Rasulullah ﷺ:
    “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat.”
    (Riwayat al-Baihaqi)

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)