Majlis Doa Selamat

Majlis doa selamat ialah satu majlis yang diadakan bagi tujuan memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah, bahaya dan perkara yang tidak diingini. Doa ini lazimnya dibacakan dalam majlis-majlis seperti kenduri kesyukuran, majlis sambutan hari kelahiran, majlis perhimpunan, majlis meraikan bakal jemaah haji dan umrah dan sebagainya. Ia dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan keberkatan.

Antara doa yang boleh dibaca:

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِيْنَا وَأَمْوَالِنَا، اَللّٰهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا، وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا، اَللّٰهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْنَا، وَمِنْ خَلْفِنَا، وَعَنْ أَيْمَانِنَا، وَعَنْ شَمَائِلِنَا، وَمِنْ فَوْقِنَا، وَنَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan dalam agama kami, urusan dunia kami, ahli keluarga kami dan harta benda kami. Ya Allah! Tutupilah keaiban kami dan berilah ketenteraman kepada hati-hati kami. Ya Allah! Peliharalah kami dari hadapan kami, dari belakang kami, dari kanan kami, dari kiri kami, dan dari atas kami. Dan kami berlindung dengan keagungan-Mu daripada kami disambar dari bawah kami.”

Rasional

Mempelajari cara mengendalikan majlis tahlil dan doa selamat amat penting bagi pelajar USIM kerana masyarakat sering memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memimpin majlis-majlis keagamaan. Hal ini disebabkan pelajar USIM dikenali dengan kemahiran membaca al-Quran yang baik dan merdu serta mereka banyak menghafal doa-doa yang bersesuaian dengan majlis yang dianjurkan. Dengan pendedahan dan latihan, mereka dapat melaksanakan tugas tersebut dengan yakin dan teratur, khususnya dalam majlis rasmi yang melibatkan khalayak ramai.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)