Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan (خسوف القمر)

Maksud: Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana bulan, sebagai tanda mengingati kebesaran Allah SWT. Khusuf ( خسوف ) bermaksud hilang ataupun berkurangan cahaya bulan, terlindung sebahagian ataupun keseluruhan cahayanya.

Hukum: Sunat Muakkad (sangat dituntut) bagi lelaki dan wanita, sama ada dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Bilangan Rakaat :

Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya.Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali rukuk dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Waktu Pelaksanaan:Bermula semasa berlakunya gerhana dan berakhir apabila gerhana tamat. Iaitu ketika Bulan mula terlindung daripada cahaya Matahari oleh Bumi, walaupun tidak sepenuhnya.Pada ketika ini, solat boleh dimulakan. Tidak dilakukan selepas itu.

Sekiranya gerhana bulan berlaku ketika ia hampir terbenam dan sebelum terbit fajar, maka diharuskan untuk mendirikan solat gerhana.

Namun, jika bulan terbenam selepas terbit fajar (masuk waktu Subuh), para ulama mazhab Syafi‘i berbeza pendapat:

  1. Qaul Qadim – Tidak disunatkan solat gerhana, kerana kekuasaan dan tanda bulan dianggap telah hilang sebaik sahaja fajar terbit.
  2. Qaul Jadid – Disunatkan solat gerhana, kerana pengaruh dan cahaya bulan masih ada sehingga terbitnya matahari (syuruk).

Nota:

Menurut mazhab Syafi‘i, dibolehkan menunaikan solat gerhana walaupun ketika waktu tahrim, kerana ia termasuk dalam solat yang mempunyai sebab (solat zāt al-asbāb).

Adakah Ada Khutbah Khusus Untuk Solat Gerhana Bulan?

Solat gerhana bulan tidak memiliki khutbah khusus. Namun, sebagai bahagian dari solat sunat, imam biasanya akan membaca doa-doa yang sesuai sebelum atau setelah solat.

Niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

أُصَلِّيَ سُنَّةَ خُسُوفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Kaifiat (Cara Solat):

Rakaat Pertama

1. Berdiri tegak.

Menghadap kiblat & mata pandang pada tempat sujud.

2. Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر) – Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Semasa mengangkat takbir sekalikan dengan niat dalam hati.

– Kedudukan tangan boleh seperti berikut. Ibu jari di bawah cuping telinga atau tangan di paras telinga atau tangan di paras bahu. Telapak tangan ke hadapan.

3. Membaca doa Iftitah

– Posisi ketika Iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada.

Bacaan doa Iftitah.

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

4. Membaca Al-Fatihah dan surah lain.

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

5. Rukuk serta toma’ninah

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman hamidah)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

8. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

9. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

1. Berdiri tegak dan membaca Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

2. Rukuk serta toma’ninah.

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

3. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika).

Mazhab Syafi’e, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas rukuk rakaat kedua.

Sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan membaca doa Qunut.

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

4. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

5. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Duduk Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.

8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah).

Selepas Solat:

  • Disunatkan berzikir, beristighfar, membaca doa dan khutbah khas jika berjemaah.
  • Dianjurkan memperbanyakkan sedekah dan doa memohon keampunan.

Ringkasan Hikmah:

  • Menginsafkan manusia bahawa gerhana bukan fenomena biasa, tetapi tanda kekuasaan Allah.
  • Menggalakkan umat Islam bermuhasabah dan memperbanyakkan ibadah ketika berlaku tanda-tanda kebesaran Allah.

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)