Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat Sunat Aidilfitri merupakan salah satu ibadah yang amat digalakkan dalam Islam dan mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia termasuk dalam kategori sunnah muakkadah.

Solat Aidilfitri juga dianjurkan dilakukan secara berjemaah, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang menunaikannya bersama umat Islam lain di tanah lapang atau di masjid, sebagai lambang kesyukuran dan kesatuan umat.

Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Jika anda solat secara seorang diri, anda boleh berniat seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua raka’at tunai kerana Allah ta’ala

Jika anda solat berjemaah sebagai makmum, anda boleh berniat solat sunat Aidilfitri seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.

Ringkasan Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri

  1. Mulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat dalam hati:
    “Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat tunai / makmum kerana Allah Taala.”
  2. Disunatkan membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram.
  3. Rakaat pertama:
    • Lakukan tujuh (7) kali takbir tambahan selepas takbiratul ihram.
    • Setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih atau zikir.
    • Seterusnya, baca Surah al-Fatihah diikuti surah lazim.
    • Lakukan rukuk, sujud dua kali, kemudian bangun untuk rakaat kedua.
  4. Rakaat kedua:
    • Mulakan dengan takbir intiqalat.
    • Lakukan lima (5) kali takbir tambahan, juga diselangi bacaan tasbih.
    • Baca Surah al-Fatihah dan surah lazim.
    • Seterusnya, lakukan rukuk, sujud, dan bacaan tahiyyat akhir.
    • Akhiri solat dengan memberi salam.
  5. Jika solat dilakukan secara berjemaah, khutbah Aidilfitri akan disampaikan selepas solat.

KAIFIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Rakaat Pertama 

Dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat
Lafaz Niat

أُصَلِّى سُنَّةَ عِيدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”

Kemudian baca doa iftitah 
اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Selesai membaca iftitah, lakukan takbir sebanyak 7 kali untuk rakaat pertama dan diikuti dengan bacaan tasbih

Seperti takbiratul ihram setiap kali takbir dilafazkan Allahuakbar” Kemudian , letakkan tangan di atas perut

Seterusnya bacalah tasbih seperti berikut

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir dan tasbih ini dilakukan sebanyak 7 kali, selesai takbir ini bacalah surah al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Terjemahan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kemudian bacalah surah lazim selepas al-Fatihah contohnya seperti surah An-Nas:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ١ مَلِكِ النَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ٣ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ٦

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian manusia. Raja yang menguasai sekalian manusia. Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang bersembunyi. Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. (Iaitu pembisik itu datang) daripada kalangan jin dan manusia.

Seterusnya lakukan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Allah mendengar orang yang memuji-Nya

Seterusnya lakukan sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.

Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.

Bacaan tasbih tersebut adalah sama seperti bacaan tasbih pada rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 5 kali ini hendaklah diselangai bacaan tasbih sebanyak 4 kali.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi selepas selesai takbir tambahan pada rakaat kedua dibacakan juga surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Seterusnya lakukan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Allah mendengar orang yang memuji-Nya

Seterusnya lakukan sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.

Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir 

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
 السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
 وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
 إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.

8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah).

Baca doa selepas solat. (Doa Selepas Solat)

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)