Solat Sunat Istisqa’

Maksud Solat Istisqa’

Dari sudut bahasa, Istisqa’ (الاستسقاء) berasal daripada perkataan Arab سَقَى (saqā) yang bermaksud “menyiram” atau “memberi minum”.

Oleh itu, solat Istisqa’ membawa maksud “memohon hujan” atau “meminta air daripada Allah SWT”.

Maksud Istisqa’ dari Segi Istilah

Dari segi istilah, Istisqa’ bermaksud memohon agar Allah SWT menurunkan hujan ketika manusia berada dalam keadaan sangat memerlukan air.

Permohonan ini dilakukan dengan cara yang khusus, iaitu melalui solat sunat Istisqa’, diiringi khutbah, istighfar, dan pujian (tahmid) kepada Allah SWT.

Niat Solat Sunat Istisqa’ (Bersendirian)

Jika solat dilakukan secara bersendirian, lafaz niatnya ialah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala.

Jika anda solat berjemaah sebagai makmum, anda boleh berniat solat sunat Istisqa’ seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Perkara yang Perlu Dilakukan Sebelum Menunaikan Solat Istisqa’

Sebelum menunaikan Solat Sunat Istisqa’, imam atau ketua masyarakat — sama ada perdana menteri, gabenor, wakil rakyat atau pemimpin tempatan  disunatkan menasihati umat Islam agar melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Bertaubat dengan sebenar-benarnya
    Tinggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang menjadi sebab turunnya bala kemarau.
  2. Bersedekah dan menegakkan keadilan
    Hulurkan bantuan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan, hentikan segala bentuk kezaliman, kembalikan hak orang lain, serta damaikan pihak-pihak yang bersengketa.
  3. Berpuasa sunat selama empat hari berturut-turut
    Pada hari keempat, umat Islam disunatkan keluar untuk menunaikan Solat Istisqa’ dengan penuh kerendahan diri dan tawaduk.

Rakaat Pertama 

Dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat
Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala.

Kemudian baca doa iftitah 
اللّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Selesai membaca iftitah, lakukan takbir sebanyak 7 kali untuk rakaat pertama dan diikuti dengan bacaan tasbih

Seperti takbiratul ihram setiap kali takbir dilafazkan Allahuakbar” Kemudian , letakkan tangan di atas perut

Seterusnya bacalah tasbih seperti berikut

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir dan tasbih ini dilakukan sebanyak 7 kali, selesai takbir ini bacalah surah al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Terjemahan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kemudian bacalah surah lazim selepas al-Fatihah contohnya seperti surah An-Nas:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ١ مَلِكِ النَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ٣ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ٦

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian manusia. Raja yang menguasai sekalian manusia. Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang bersembunyi. Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. (Iaitu pembisik itu datang) daripada kalangan jin dan manusia.

Seterusnya lakukan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Allah mendengar orang yang memuji-Nya

Seterusnya lakukan sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.

Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali

Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.

Bacaan tasbih tersebut adalah sama seperti bacaan tasbih pada rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Takbir 5 kali ini hendaklah diselangai bacaan tasbih sebanyak 4 kali.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi selepas selesai takbir tambahan pada rakaat kedua dibacakan juga surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas.

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Seterusnya lakukan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.

Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Allah mendengar orang yang memuji-Nya

Seterusnya lakukan sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.

Sujud kedua

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir 

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.

8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah).

Doa Minta Hujan

Doa Umum Ketika Kemarau Panjang

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā.

Maksud : Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami! Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami! Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami!

Doa Nabi SAW Memohon Hujan (Doa Ringkas)

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

Allāhumma asqinā ghaithan mughīthan marī’an marī‘an nāfi‘an ghayra ḍārrin, ‘ājilan ghayra ājil.

Maksud: Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang menyuburkan, membawa keberkatan, bermanfaat dan tidak memudaratkan, segera dan tidak tertangguh.

Doa Rasulullah SAW Ketika Istisqa’

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

Allāhumma asqi ‘ibādaka wa bahā’imaka wanshur raḥmataka wa aḥyi baladaka al-mayyit.

Maksud:Ya Allah, berilah hujan kepada hamba-hamba-Mu dan haiwan-haiwan-Mu, limpahkan rahmat-Mu, dan hidupkan bumi-Mu yang telah mati (kering)

Doa Selepas Turunnya Hujan

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ

Muṭirnā bifaḍlillāhi wa raḥmatih.

Maksud: Kami telah diberi hujan dengan limpah kurnia dan rahmat Allah.

 

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)