Solat Sunat Rawatib (Qabliyah & Ba’diyah)

Pengenalan Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardu. Ia terbahagi kepada dua jenis:

  1. Rawatib Muakkad (yang sangat dituntut)
  2. Rawatib Ghairu Muakkad (yang tidak terlalu dituntut)

Tujuan solat ini ialah untuk menyempurnakan kekurangan dalam solat fardu serta mendapat pahala tambahan daripada Allah SWT. 

Bilangan dan Waktu Solat Sunat Rawatib

Solat FarduSebelumSelepasStatus
Subuh2 RakaatMuakkad
Zuhur2/4 Rakaat2 RakaatMuakkad
Asar4 RakaatGhairu Muakkad
Maghrib2 RakaatMuakkad
Isyak2 RakaatMuakkad

Jumlah keseluruhan yang muakkad: 10 rakaat

(2 Subuh + 4 sebelum Zuhur + 2 selepas Zuhur + 2 selepas Maghrib + 2 selepas Isyak)

Lafaz Niat Solat Sunat Rawatib

1. Sebelum Subuh

أُصَلِّيَ سُنَّةَ قَبْلَ الْفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Sebelum Zuhur

أُصَلِّيَ سُنَّةَ قَبْلَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.

(Jika empat rakaat, niat: “رَكْعَاتٍ أَرْبَعٍ”)

3.  Selepas Zuhur

أُصَلِّيَ سُنَّةَ بَعْدَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat selepas Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.

4. Sebelum Asar

أُصَلِّيَ سُنَّةَ قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum Asar empat rakaat kerana Allah Taala.

5. Selepas Maghrib

أُصَلِّيَ سُنَّةَ بَعْدَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

6. Selepas Isyak

أُصَلِّيَ سُنَّةَ بَعْدَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Kaifiat (Ringkasan Cara Pelaksanaan Solat Sunat Rawatib)

  1. Niat dalam hati seperti lafaz di atas.
  2. Takbiratul ihram dan baca Doa Iftitah.
  3. Baca Surah al-Fatihah, diikuti surah pilihan (contoh: Al-Kafirun / Al-Ikhlas).
  4. Rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kedua.
  5. Bangun untuk rakaat kedua dan ulang bacaan.
  6. Tahiyyat akhir dan salam.

Setiap dua rakaat diakhiri dengan salam. Jika empat rakaat, dilakukan dua salam (2 + 2).

Kelebihan Solat Sunat Rawatib

  • Menyempurnakan kekurangan dalam solat fardu.
  • Mendapat rumah di syurga bagi mereka yang menjaga 12 rakaat rawatib (riwayat Muslim).
  • Mendekatkan diri kepada Allah dan menambah pahala amalan harian

KAIFIAT SOLAT SUNAT RAWATIB 

(Contoh untuk Solat Sunat Rawatib sebelum subuh)

Rakaat Pertama

1. Berdiri tegak.

Menghadap kiblat & mata pandang pada tempat sujud.

2. Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر) – Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Semasa mengangkat takbir sekalikan dengan niat dalam hati.

أُصَلِّيَ سُنَّةَ قَبْلَ الْفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

– Kedudukan tangan boleh seperti berikut. Ibu jari di bawah cuping telinga atau tangan di paras telinga atau tangan di paras bahu. Telapak tangan ke hadapan.

3. Membaca doa Iftitah

– Posisi ketika Iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada.

Bacaan doa Iftitah.

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

4. Membaca Al-Fatihah dan surah lain.

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

5. Rukuk serta toma’ninah

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman hamidah)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

8. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

9. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

Setelah selesai membaca doa di atas, lakukan duduk Istirahah selepas bangun dari sujud kedua. Duduk seketika sebelum meneruskan rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

1. Berdiri tegak dan membaca Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Hukum membaca surah selepas Al-Fatihah ini adalah sunat.

Antara surah yang mudah dibaca adalah surah Al-Ikhlas. Selesai membaca surah Al-Ikhlas atau lain-lain langkah seterusnya adalah takbir (Allahu Akbar الله أكبر) dan rukuk.

2. Rukuk serta toma’ninah.

Semasa rukuk, belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa dan baca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘adhiimi wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

3. I’tidal serta toma’ninah

Selepas dari rukuk, Rasulullah tidak membaca takbir namun membaca:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

(Sami’alloohu liman)

Setelah tegak berdiri, beliau melanjutkan dengan membaca:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

(Robbanaa walakal hamdu)

– Toma’ninah. (berhenti seketika).

Mazhab Syafi’e, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas rukuk rakaat kedua.

Sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan membaca doa Qunut.

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

4. Sujud serta toma’ninah

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

5. Duduk di antara dua sujud serta toma’ninah

Baca

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

(Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni)

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

6. Sujud Kedua

Baca

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

(Subhaana robbiyal ‘a’la wabihamdih) 3x

– Toma’ninah. (berhenti seketika)

7. Duduk Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ,
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ, وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ, فِي الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Doa Tahiyat Akhir adalah Rukun Qauli. Perlu dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.

Menurut pandangan mazhab Syafi’e, jari telunjuk hendaklah diangkat ketika mula melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud iaitu pada huruf hamzah pada kalimah إلا, dan jari tersebut hendaklah dibengkokkan sedikit serta diniatkan mengangkat jari itu untuk mentahqiqkan tauhid kepada Allah SWT. Selain itu, jari telunjuk kanan itu hendaklah kekal dalam keadaan demikian hingga bangun jika dia dalam tasyahhud awal, atau hingga memberi salam jika dalam tasyahhud akhir.

8. Salam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Selepas menyebut Assalamu’alaikum paling pipi ke kanan (warahmatullah). Begitu juga untuk kiri. Assalamu’alaikum dan paling pipi ke kiri (warahmatullah)

Al-Azkar

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

(Surah Ar-Ra’d, 13:28)